Secebis Coretan

Selasa, 10 November 2009

Assalamualaikum.....

Malam ini tergerak hati aku untuk menulis dalam blog ini.. Coretan pertama selepas aku mewujudkan blog ini. Selama ini aku hanya mendengar tentang blog melalui member aku saja. Sedangkan aku sendiri tidak pernah terpikir untuk mewujudkan blog aku sendiri. Bukannya aku menolak teknologi ICT atau tidak mengikuti peredaran zaman. Tetapi aku tidak begitu berminat dalam hal-hal sebegini. Faktor kerja yang banyak juga mungkin mendorong aku bersikap demikian.

Tetapi itu dulu. Kini aku mula hendak berjinak dengan laman interaktif seperti ini. Buat member aku Yunus terima kasih kerana memperkenalkan aku kepada laman ini. Dari penceritaan Yunus aku mula tertarik untuk mewujudkan blog. Dengan bantuan Yunus, aku bangunkan blog ini. Niat aku untuk jadikan blog ini sebagai wadah untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, cerita, gossip dan bermacam-macam lagi (yang boleh dikongsi leee) dengan rakan-rakan yang mengenali aku.

Aku bertambah bersemangat untuk melayari blog apabila sahabat sebilik di tempat kerja aku juga sangat giat melayari blog (otai dia ni). Aku ambil kesempatan ini untuk meng"expert"kan diri aku tentang blog ini. Terima kasih aku tujukan kepada Saudara Abu Bakr.....

Kepada member-member yang melayari blog aku... aku ucapkan terima kasih. Komen dan pandangan anda sekelian diperlukan untuk menjadikan blog aku lebih menarik. Kepada member yang belum ada blog, aku suggest elok buat satu. Bukan kena bayar pun. Betul Tak???

Akhir kata gunakanlah kemajuan teknologi untuk kebaikan. Jangan disalahguna kerana yang akan menanggung akibatnya kita sendiri.

Sekian, buat permulaan

2 comments:

Unknown berkata...

Tahniah diucapkan kepada saudara Suwardi. Sebenarnya pada aku, melakar isi hati di blog adalah salah satu cara untuk menggalakkan kita menulis. Kita sebagai RO mmg sepatutnya menjadikan penulisan sebagai hobi di masa lapang. Jadi sebelum kita bercerita teknikal dan menggemarinya, eloklah kita bermula dengan sesuatu yang bersifat entertainment untuk menarik minat.

Tu pendapat peribadi aku. Tahniah dan good luck \(^_^)/

suwardi berkata...

Thanks di atas komen yang di berikan. Aku setuju dengan pendapat ko itu. Skrg mood aku nak menulis dalam blog ni berkobar-kobar. Ikut hati semua aku nak tulis dalam ni. Biar gempaq.. baru boleh jadi otai mcm ko..

Catat Ulasan

 

Navega