Tentang Dia

Sabtu, 14 November 2009

Pernah korang mendengar lagu Tentang Dia nyanyian Melly Goeslow??? Kalau tak pernah, korang masuk saje youtube atau download saje dari internet, pastu korang dengar. Nak dengar berapa kali pun tak kisah, FOC pulak tu.. Betapa nikmatnya kita hidup di zaman IT ni kan.. Pada aku lagu tu best la jugak.. Tapi bukan aku nak komen pasal lagu tu di sini.. Cuma sebagai intro cerita aku kali ni. Perasan atau tidak korang setiap hari pasti kita akan memperkatakan sesuatu tentang dia. Siapakah Dia??? Mungkin boleh jadi ibu, bapa, saudara, kawan, lawan atau mungkin juga kekasih..
Pada aku, dia yang aku maksudkan disini adalah diri aku dan keluarga yang aku sayangi... Di usia aku yang baru nak menjangkau 30 tahun (masih muda tu) aku telah lalui pelbagai kenangan pahit dan manis. Banyak yang aku pelajari dan masih banyak juga yang perlu aku pelajari. Mungkin korang tidak begitu mengenali aku (kecuali rakan rapat). Sebenarnya, aku seorang yang simple dan low profile. Berasal dari kampung nun jauh di Utara dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Aku anak yang paling tua dalam keluarga yang mempunyai empat adik beradik. Dari perwatakkan, orang sering mengatakan aku seorang yang pendiam. Pada aku diam lebih baik dari bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan boleh menyakitkan hati orang lain. Entah la... Bagi yang kenal, korang tahu aku macam mana...

Dalam bab bersosial, aku mengaku, memang aku tak berapa pandai. Mungkin sebab tu jugak aku tak ramai kawan. Kawan yang ada hanyalah ex-coursemate, ex-roomate (dikolej), colleages, dan kawan - kawan masa aku sekolah dulu. Mungkin aku perlu improve bab ni. Dari segi penampilan ada yang mengatakan aku ni cool, mature dan macho (kui...kui... kui). Ha.. bab yang ni aku memang mengaku (bukan nak riak). Kalau tidak tak kan la awek boleh tertarik kat aku.. (Ewah.. ewah... perasan la pulak). Tapi yang pasti awek tu adalah wife aku sekarang.. Alhamdullilah, Aku kira bertemu jodoh diusia yang muda juga la (25 tahun). Sebenarnya bukan senang juga aku nak tackle wife aku ni... kira power juga la ayat aku.. Mujur la mak mentua dengan bapak mentua aku pun sporting habis.. Kalau tidak susah juga beb... wife aku ni plak anak pompuan tunggal.. Al maklum saja la... Kini aku hidup bahagia disamping insan yang bernama Wan Haishah Norain dan Muhamad Hanif Asyraf (tak lama lagi Asyraf dapat adik)

Pada aku, hidup ini umpama satu percaturan dan kita sebagai hamba Allah yang dianugerahi akal dan fikiran seharusnya bijak membuat percaturan. Mudah saja, kalau kita nak senang kita akan dapat kesenangan dan begitu juga sebaliknya. Dengan syarat kita berusaha untuk mencapai apa yang kita mahu serta jangan lupa berdoa kepada Yang Maha Esa kerana hanya usaha yang diiringi doa saja yang akan membuahkan hasil. Itulah prinsip aku...




Aku dan wife sewaktu bercuti di Cameron Highland

Melayan Kerenah Muhamad Hanif



Di sebuah kedai bunga






























Bukan Mudah Nak Jadi Penulis edisi 1

Rabu, 11 November 2009
Penulisan adalah satu bidang yang menarik. Melalui penulisan kita bebas melontarkan ide dan pandangan selagi ianya tidak menyentuh sensiviti mana-mana pihak. Tentu korang pernah mendengar bidalan yang mengatakan "mata pena lebih tajam dari mata pedang". Sebenarnya bidalan ini sangat sinonim dengan dunia penulisan. Sesuatu penulisan yang baik mampu meresapi jiwa dan sanubari lantas meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada si pembaca. Namun ianya bergantung juga kepada jenis penulisan. Adakala dan ketika menyampaikan mesej melalui penulisan lebih berkesan daripada lisan. Lazimnya penulisan boleh dikategorikan kepada dua (setakat yang aku tahu) iaitu penulisan popular dan penulisan teknikal. Kedua-duanya amat berbeza dari segi format, pendekatan dan gaya bahasa yang digunakan.


Penulisan teknikal lebih sukar berbanding dengan penulisan popular (bagi aku la) dan target audien atau pembaca juga berbeza. Contoh penulisan teknikal yang paling mudah adalah artikel dalam jurnal-jurnal penyelidikan di Universiti dan Institut Penyelidikan sedangkan penulisan popular boleh jadi artikel dalam majalah, suratkhabar, penulisan dalam buku-buku, novel, cerpen dan sbgnya. Walau apapun juga bentuk penulisan yang penting kita perlu ada pengetahuan yang luas tentang topik yang hendak dikupas. Aku sendiri mengakui yang diriku masih kekurangan ilmu berkaitan penulisan. Masih banyak yang perlu aku pelajari. Hakikatnya, bukan mudah untuk bergelar penulis....


Sebenarnya, sebagai RO aku sendiri tidak boleh lari dari menulis. Penulisan dan RO macam dah sinonim. Menterjermahkan hasil kajian dalam bentuk penulisan adalah satu kemestian. Jika tidak, sia-sia saja penyelidikan yang dijalankan kerana tidak didokumenkan. Oleh itu, tergerak hati aku untuk berkongsi sedikit pengalaman yang aku perolehi sewaktu aku terlibat dalam menerbitkan sebuah buku. Buku yang aku maksudkan bertajuk "Kejayaan 50 Usahawan Bimbingan MARDI" (aku bangga kerana menjadi salah seorang penulis buku ini). Kenapa aku tulis buku berkaitan dengan usahawan? Ok aku ceritakan. Sebenarnya kerja aku banyak terlibat dengan aktiviti pembangunan usahawan. Aku enjoy dengan kerja aku. Kalau korang nak tahu banyak benda yang boleh kita korek dari depa ni. Salah satunya pengalaman depa. Yang ini la cerita yang aku paparkan dalam buku tu. Memang best.. Dari situ aku tahu betapa susah nak terbit buku... Hmmm ... penat la pulak menulis... Aku ingat nak stop dulu di sini. Nak tahu apa pengalaman aku lagi... Tunggu sambungan cerita aku nanti...








Secebis Coretan

Selasa, 10 November 2009

Assalamualaikum.....

Malam ini tergerak hati aku untuk menulis dalam blog ini.. Coretan pertama selepas aku mewujudkan blog ini. Selama ini aku hanya mendengar tentang blog melalui member aku saja. Sedangkan aku sendiri tidak pernah terpikir untuk mewujudkan blog aku sendiri. Bukannya aku menolak teknologi ICT atau tidak mengikuti peredaran zaman. Tetapi aku tidak begitu berminat dalam hal-hal sebegini. Faktor kerja yang banyak juga mungkin mendorong aku bersikap demikian.

Tetapi itu dulu. Kini aku mula hendak berjinak dengan laman interaktif seperti ini. Buat member aku Yunus terima kasih kerana memperkenalkan aku kepada laman ini. Dari penceritaan Yunus aku mula tertarik untuk mewujudkan blog. Dengan bantuan Yunus, aku bangunkan blog ini. Niat aku untuk jadikan blog ini sebagai wadah untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, cerita, gossip dan bermacam-macam lagi (yang boleh dikongsi leee) dengan rakan-rakan yang mengenali aku.

Aku bertambah bersemangat untuk melayari blog apabila sahabat sebilik di tempat kerja aku juga sangat giat melayari blog (otai dia ni). Aku ambil kesempatan ini untuk meng"expert"kan diri aku tentang blog ini. Terima kasih aku tujukan kepada Saudara Abu Bakr.....

Kepada member-member yang melayari blog aku... aku ucapkan terima kasih. Komen dan pandangan anda sekelian diperlukan untuk menjadikan blog aku lebih menarik. Kepada member yang belum ada blog, aku suggest elok buat satu. Bukan kena bayar pun. Betul Tak???

Akhir kata gunakanlah kemajuan teknologi untuk kebaikan. Jangan disalahguna kerana yang akan menanggung akibatnya kita sendiri.

Sekian, buat permulaan

Pemprosesan Mi Kunig

Isnin, 9 November 2009

Mi kuning merupakan makanan yang boleh dianggap agak popular dikalangan masyarakat kita. Boleh dikatakan setiap restoren atau kedai makan ada menyediakan menu yang berkaitan dengan mi. Sebut saja, pasti ada.. mi goreng, mi sup, mi tomyam, mi bandung dan bermacam - macam lagi.

Di Malaysia, Industri perusahaan mi kebanyakkannya dipelopori oleh tauke cina yang rata-rata mempunyai kilang dan peralatan yang automated serta mengeluarkan produk dalam kapasiti yang besar. Terdapat juga pengusaha mi dikalangan orang melayu tetapi bilangannya agak sedikit dan saiz perusahaan pula kecil. Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada situasi ini dan salah satu darinya adalah modal. Aku akui untuk membangunkan sebuah kilang mi yang lengkap dengan peralatan moden memang menelan kos yang tinggi. Tambah pula kalau kilang tersebut bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice). Lagi la tinggi kosnya. Hal ini bukan untuk perusahaan mi sahaja bahkan mana-mana perusahaan pun.

Walau bagaimanapun, penglibatan orang melayu dalam industri ini perlu dipertingkatkan. Bukan apa, selain dari memartabatkan taraf ekonomi bangsa kita, ianya juga merupakan satu fardhu kifayah yang perlu diberikan perhatian dalam menyediakan makanan Halal. Bayangkan mi yang kita makan selama ini dikeluarkan oleh orang cina yang tidak tahu status halalnya. Dalam aspek ekonomi pula, perusahaan mi dilihat agak berdaya maju. Saiz pasaran domestik mi dan pasta pada 2007/2008 yang diunjurkan bernilai RM672.6 juta dengan kadar pertumbuhan yang selesa iaitu 4.5%. Itu belum lagi pasaran eskport. Seharusnya peluang ini direbut oleh orang kita memandangkan saiz pasaran halal cukup besar (lebih kurang RM600 bilion).


Menyedari hakikat itu, tergerak hati aku untuk mempelajari kaedah membuat mi. Bukan niat untuk membuka kilang mi tetapi untuk knowledge aku sendiri. Sebagai seorang RO aku perlu persiapkan diri dengan ilmu seperti ini untuk dicurahkan kepada yang memerlukan. Mi yang aku buat ni bukan sebarang mi tapi mi yang ada nilai tambah. Aku namakan ia sebagai mi bawang...


Pada dasarnya proses membuat mi mudah saja. Bahan yang aku gunakan adalah tepung gandum, natrium silikat, natrium karbonat, garam, air dan bawang (boleh juga guna bahan lain). Ini just R&D, dimana aku try guna bawang untuk memberikan nilai tambah kepada mi. Kaedah membuat mi yang aku gunakan adalah seperti carta alir di bawah;



Carta alir pemprosesan mi kuning

Mencampurkan mi dengan minyak

proses menggaul
 

Navega