Bukan Mudah Nak Jadi Penulis edisi 1

Rabu, 11 November 2009
Penulisan adalah satu bidang yang menarik. Melalui penulisan kita bebas melontarkan ide dan pandangan selagi ianya tidak menyentuh sensiviti mana-mana pihak. Tentu korang pernah mendengar bidalan yang mengatakan "mata pena lebih tajam dari mata pedang". Sebenarnya bidalan ini sangat sinonim dengan dunia penulisan. Sesuatu penulisan yang baik mampu meresapi jiwa dan sanubari lantas meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada si pembaca. Namun ianya bergantung juga kepada jenis penulisan. Adakala dan ketika menyampaikan mesej melalui penulisan lebih berkesan daripada lisan. Lazimnya penulisan boleh dikategorikan kepada dua (setakat yang aku tahu) iaitu penulisan popular dan penulisan teknikal. Kedua-duanya amat berbeza dari segi format, pendekatan dan gaya bahasa yang digunakan.


Penulisan teknikal lebih sukar berbanding dengan penulisan popular (bagi aku la) dan target audien atau pembaca juga berbeza. Contoh penulisan teknikal yang paling mudah adalah artikel dalam jurnal-jurnal penyelidikan di Universiti dan Institut Penyelidikan sedangkan penulisan popular boleh jadi artikel dalam majalah, suratkhabar, penulisan dalam buku-buku, novel, cerpen dan sbgnya. Walau apapun juga bentuk penulisan yang penting kita perlu ada pengetahuan yang luas tentang topik yang hendak dikupas. Aku sendiri mengakui yang diriku masih kekurangan ilmu berkaitan penulisan. Masih banyak yang perlu aku pelajari. Hakikatnya, bukan mudah untuk bergelar penulis....


Sebenarnya, sebagai RO aku sendiri tidak boleh lari dari menulis. Penulisan dan RO macam dah sinonim. Menterjermahkan hasil kajian dalam bentuk penulisan adalah satu kemestian. Jika tidak, sia-sia saja penyelidikan yang dijalankan kerana tidak didokumenkan. Oleh itu, tergerak hati aku untuk berkongsi sedikit pengalaman yang aku perolehi sewaktu aku terlibat dalam menerbitkan sebuah buku. Buku yang aku maksudkan bertajuk "Kejayaan 50 Usahawan Bimbingan MARDI" (aku bangga kerana menjadi salah seorang penulis buku ini). Kenapa aku tulis buku berkaitan dengan usahawan? Ok aku ceritakan. Sebenarnya kerja aku banyak terlibat dengan aktiviti pembangunan usahawan. Aku enjoy dengan kerja aku. Kalau korang nak tahu banyak benda yang boleh kita korek dari depa ni. Salah satunya pengalaman depa. Yang ini la cerita yang aku paparkan dalam buku tu. Memang best.. Dari situ aku tahu betapa susah nak terbit buku... Hmmm ... penat la pulak menulis... Aku ingat nak stop dulu di sini. Nak tahu apa pengalaman aku lagi... Tunggu sambungan cerita aku nanti...








0 comments:

Catat Ulasan

 

Navega